Wednesday, July 22, 2009

Lelaki Idaman Setiap Wanita

Salam, ni entry pertama saya dalam blog ni.. sebenarnya tujuan diadakan blog ni pun cuma sekadar nak berkongsi rasa.. tentang hati dan perasaan..tentang cinta kaseh... :)

ok kali ni saya nak share satu tips yg saya jumpa di web Tentang Cinta dan nak share ngan semua yg sedang bercinta.. ahaks..

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Zulira Mohmad.



p/s: alangkah bahagia kalau dapat lelaki spt diatas..tetapi ada ke lelaki sebegitu di dunia fana ini?

6 comments:

  1. salam kak... nak dapatkan lelaki idaman, kena jadi wanita idaman dulu.. InsyaALlah. Allah dah janji dalam Al-Quran, wanita baik untuk yang baik, dan begitu juga sebaliknya.. kitalah cerminan suami kita, dan suami kita cerminan diri kita..

    Hikmah,
    Edinburgh, scotland.

    ReplyDelete
  2. semoga akk ditemukan dengan lelaki impian akk.. suke sangat baca blog akk.. i'm silent reader.. kalo nampak edinburgh kat feedjit tu, saya la tuh.. hehe..ok salam ramadhan..

    ReplyDelete
  3. ummi09 : salam dear.. thanx sudi jengah blog akak.. hehe terkejut gak ada org komen kat sini..sebb akak biasa aktif kat yg lagi satu tuh.. ni cuma blog luahan rasa jiwang akak.. :) take care eh dik di perantauan.. selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. saja komen kat sini kak.. kat transformasi 2009 tu glemer sangat..hehehe.. saya biase2 jek.hehe

    ReplyDelete
  5. ummi09 : hehe ok ok sini aman sikit.. kat sana riuh sket... akak cuba masuk blog ummi takleh pun semlm..ummi privatekan eik....anyway selamat berbuka puasa hehe akak tak sure kat sana kul baper skang..tapi kat sini kul 6:20 dah..baru je pas siap2 food..:)

    ReplyDelete
  6. aah, saya privatekan.. suami tak kasi buat blog kalau letak gambar..hehe.. so degil nak letak gambar jugak, jadi kena la privatekan..hehe.. masa akk buat komen ni, sini pukul 11.20pagi hari sabtu. kira mesia mendahului 8 jam. ok, selamat berbuka puasa ye.. masa saya post comment ni, org kat mesia sedang berbuka 7.45malam (waktu UK,12.45tgh)...

    ReplyDelete