Saturday, September 5, 2009

Ini soal Hati bukan soal Budi - Mia Ina

salam..

kali ni saja nak share hasil nukilan salah sorang rakan bloggerku.. iaitu MIA-INA.. mmg sgt terharu baca cerita ni..antara cinta..sayang..penghargaan..hati..budi.. entahlahh.. life is complicated kan.. ermm..jom baca..

Sudah mencecah 17 tahun usia pernikahan kami. Namun aku merasakan semakin lama semakin menghadapi saat sukar meneruskan hidup dengan Aini.

Semakin hari semakin tidak ada kesesuaian a
ntara kami. Kami sering bertengkar kerana hal kecil. Kerana Aini lewat membukakan pintu pagar ketika aku pulang pejabat. Kerana meja sudut di ruang tamu yang dia beli tanpa memberitahuku,bagiku itu hanya membuang wang saja.

Bulan lepas, tanggal 27 ialah ulang tahun Aini. Seperti biasa kami bertengkar kerana Aini kesiangan membangunkan aku. Aku kesal dan tidak mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya. Kucupan di keningnya yang biasa aku lakukan pada hari ulang tahunnya tidak mahu aku lakukan.

Malam sekitar pukul 7, Aini sudah 3 kali hu
bungi aku, meminta segera pulang dan makan malam bersamanya. Tentu saja permintaan itu tidak aku hiraukan.

Jam menunjukkan 10 malam, aku meng
emaskan meja kerja dan beranjak pulang. Kebetulan, hujan turun sangat lebat, sudah larut malam tetapi jalan di tengah kota Kuala Lumpur masih lagi sesak membuatkan aku kesal oleh keadaan.

Membayangkan pulang dan bertemu Aini membuatkan aku semakin kesal! Akhirnya aku sampai juga di rumah pukul 12 malam, 2 jam perjalanan kutempuh yg biasanya aku hanya memerlukan hanya 1 jam utk smpai ke rumah.

Kulihat Aini tertidur di sofa ruang keluarga. Sempat aku berhenti di hadapan dan memandang wajahnya. Dia sungguh cantik, bisik hatiku. Wanita yg menjalin hubungan denganku selama 3 tahun sejak di universiti, yg kini kunikahi selama 17 tahun, tetap cantik.

Aku menghela nafas dan meninggalkanny
a pergi. Hatiku tetap rasa terbuku dan aku kesal sekali dengannya. Aku terus mengatur langkah ke kamar tidur. Di atas meja rias Aini, aku terlihat buku itu, buku biru tebal yg dimiliki oleh isteriku. Bertahun-tahun Aini menulis cerita hidupnya pada buku biru itu.
Tidak pernah dia mengizinkan aku membuka buku keramat itu. Inilah saatnya! Aku tidak mempedulikan Aini, kuraih buku biru itu dan kubuka halaman demi halaman secara rawak.

14 Februari 1990 - Terima kasih Tuhan atas pemberian-Mu yg bererti bagiku. Fitri, kekasih pertamaku yang akan menjadi kekasih terakhirku.

Hm, aku tersenyum. Aini yakin sekali kalau aku yg akan menjadi suaminya.

6 Mac 1992 - Tak sengaja kulihat Fitri makan malam dengan wanita lain sambil tertawa mesra. Tuhan, aku mohon agar Fitri t
idak pindah lain hati.

Jantungku serasa mahu berhenti ....

23 Oktober 1992 - Aku menemukan surat ucapan terima kasih untuk Fitri, atas candle light dinner pada ulang tahun seorang wanita bernama Murni. Siapakah dia, Tuhan? Bukakanlah mataku utk apa yg Kau kehendaki agar aku ketahui.

Jantungku benar-benar mahu berhenti. Murni, wanita yg sempat dekat di hatiku pada saat hubunganku dengan Aini mencapai usia 2 tahun. Aku hampir saja mahu memutuskan hubungan dengan Aini kerana Murni. Namun, kata hati mendesak aku tidak lagi bertemu Murni, setia bersama Aini. Aku langsung tidak menduga Aini tahu hubunganku dengan Murni.

4 Januari 1993 - Aku dihampiri wanita bernam
a Murni. Dia menghina aku dan mengatakan Fitri curang atas percintaan kami. Tuhan, beri aku kekuatan yg berasal daripada-Mu.

Bagaimana mungkin Aini sekuat itu, dia tidak pernah mengatakan apa pun atau menangis di hadapanku setelah mengetahui aku mengkhianati cintanya. Aku tahu Murni, dia pasti telah membuat hati Aini sa
ngat terluka dengan kata-kata tajam yg keluar dr mulutnya.Nafasku sesak, tak mampu kubayangkan apa yg Aini rasakan saat itu.

14 Februari 1993 - Fitri melamarku pada ulang tahun percintaan kami yg ketiga. Tuhan apa yg harus aku lakukan? Berikan aku tanda untuk keputusan yg harus kuambil.

6 Oktober 1993- Ulang tahun yg luar biasa, aku selamat diijabkabulkan menjadi suri hidup Fitri. Terima kasih Tuhan!

24 November 1993 - Pertengkaran pertama kami sbg keluarga. Aku harap aku tidak membuatkan teh terlalu manis buat Fitri. Tuhan, bantu aku agar lebih berhati-hati membuatkan teh untuk suamiku.

7 April 1999 - Fitri marah padaku, aku tertidu
r pulas ketika dia pulang pejabat sehingga dia menunggu di hadapan rumah agak lama. Seharian aku keluar mencari jam idaman Fitri, aku ingin membelikan jam itu pada hari ulang tahunnya yang tinggal 2 hari lagi. Tuhan, beri kedamaian di hati fitri agar dia tidak marah lagi padaku. Aku tidak akan tidur petang hari lagi kalau Fitri belum pulang wp aku penat.

Aku mulai menangis. Aini selama ini cuba membahgiakan aku tetapi aku kerap memarahinya tanpa pernah mendengar penjelasan drpd dia. Jam itu ialah jam kesayangan yg aku pakai smapai hari ini. Tid
ak kusedari ia dibeli dengan susah payah.

15 November 2008 - Fitri perlukan meja untuk meletakkan cawan kopinya di ruang tamu. Dia sangat suka membaca di sudut ruang itu. Tuhan, bantu aku menabung agar aku dapat membelikan sebuah meja, hadiah ulang tahun Fitri kali ini.

Aku tidak dapat lagi menahan tangisan, Aini tidak pernah mengatakan meja itu ialah hadiah ulang tahun untukku. Hatiku me
njadi sebak, terlalu sebak.

Aku sudah tidak sanggup lagi membuka halaman berikutnya. Aini diberi kekuatan drpd Tuhan utk mencintaiku tanpa syarat.

Aku berlari ke keluar, kukucup kening Aini da
n dia terbangun.
"Maafkan abang, sayang. Abang mencintaimu. Selamat ulang tahun ...."


Bingkisan Ilham,

p/s: sebak baca citer ni.. :(

Friday, September 4, 2009

8 C Buat Suami Benci Isteri!

Salam..
lamanya tak update blog ni kan.. hehe biasa bz kat blog transformasi je.. anyway blog ni mmg utk share citer tentang cinta dan kehidupan.. :)

ok kali ni saya nak share something yg saya dapat dari email... jom baca..

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..


p/s: mintak2 dijauhkanla dari mempunyai sifat2 8 C diatas tu..hehe.. :), moga kita semua dapat menjadi isteri solehah..amin..

Wednesday, July 22, 2009

20 perkara yg membuatkan wanita benci lelaki :)

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

credit to web tentang cinta

Lelaki Idaman Setiap Wanita

Salam, ni entry pertama saya dalam blog ni.. sebenarnya tujuan diadakan blog ni pun cuma sekadar nak berkongsi rasa.. tentang hati dan perasaan..tentang cinta kaseh... :)

ok kali ni saya nak share satu tips yg saya jumpa di web Tentang Cinta dan nak share ngan semua yg sedang bercinta.. ahaks..

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Zulira Mohmad.



p/s: alangkah bahagia kalau dapat lelaki spt diatas..tetapi ada ke lelaki sebegitu di dunia fana ini?