Saturday, March 5, 2011

Bahagialah kamu diatas penderitaanku...

Bahagiakah?? Deritakah?? Apa bezanya? ...... Mungkin bagi orang lain, besar bezanya. Tapi bagiku tiada bezanya. Bahagia itu derita dan derita itu bahagia.

Jika diberi pilihan, derita untuk kebahagiaan orang lain atau bahagia di atas penderitaan orang lain..yang mana satu menjadi pilihan? Mungkin ramai yang akan memilih bahagia di atas penderitaan orang lain.

Tapi bagiku, deritaku adalah untuk memberi bahagia. Aku bertahan..menanggung keperitan, kekecewaan, kelukaan..semua itu hanya kerana satu nama. Hanya kerana satu nama…kerana satu nama…Sampai bila pun tiada bahagia untukku. Sebab sejak azali lagi aku tidak pernah memilih bahagia untukku. Seumur hidupku pun tidak pasti bila bahagia itu akan datang. Sebab ini jalan yang kupilih Aku tidak tahu dari mana kekuatan itu datang. Cuma yang kutahu, di saat airmata jernih itu gugur, tiada siapa di sisi, hanya jari jemariku yang menyeka airmata itu.

Tiada siapa yag memujuk, kerna hatiku sendiri terpujuk dengan kesaljuan mutiara yang gugur di tapak tangan. Tiada lagi insan-insan yang memahami kerana mereka di sekelilingku hanya ingin dimengerti tetapi tidak mahu mengerti..hanya ingin difahami tetapi tidak mahu memahami…hanya ingin dikenali tetapi tidak mahu mengenali…mereka-mereka di skelilingku tidak ingin dikasari tetapi mereka mengasari..mereka tidak ingin dilukai tetapi terus-terusan mereka melukai…tidak ingin dipinggirkan tetapi mereka meminggirkan…

Lorong kehidupanku nampak lurus, tiada bengkang bengkoknya. Kerana hanya ada satu destinasi iaitu membahagiakan…Laluan yang sangat bening..sebening hatiku yang dingin membeku. Senyumku bukan kerana gembira..bukan kerana bahagia..tetapi senyuman untuk menutup sekeping hati yang dipalit kelukaan dan kekecewaan….

seandainya mata ini terpejam rapat, akan berkuburlah segala episod duka lara bersama-sama jasadku..moga-moga ada bahagia untukku di taman syurga…terima kasih Ya Allah di atas kekuatan yang Kau hadiahkan untukku. Meskipun tiada siapa di sisiku untuk sama-sama menanggung keperitan ini, aku tahu Kau tetap bersama-samaku. Meskipun tiada siapa yang menyayangiku, aku tidak mahu lagi kecewa kerana ku tahu kasih sayangMu membatasi segalaNya…Sujudku hanya untukMu, bukan untuk manusia. Aku mulai belajar tiada siapa di sisi..aku tidak punya siapa selainMu Ya Robb…Berkorban itu perkara mulia tetapi di sepanjang pengorbanan itu dihiasi dengan tangis yang tiada lagu..tiada siapa yang mengerti..bahagialah kamu di atas penderitaanku…..



5 comments:

  1. sabarlah, dekatkan diri kepda Allah, moga2 ada sinar bahagia kerna Allah x akan membiarkan hambaNya

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya setiap manusia pasti akan diuji kesabarannya oleh Allah...sama2 kita bersabar dan tidak putus berdoa...

    ReplyDelete
  3. sabar ye kaseh...
    insyaallah - setiap kesabaran kita tu
    ada hikmah dan nikmati dihujungnya...

    ReplyDelete
  4. salam..

    kak....cinta....segalanya berkemungkinan...
    adakalanya derita..adakala bahagia..
    adat dalam bercinta semua tu perlu dirasa..

    ReplyDelete